Tuesday, April 28, 2009

Kat Mana Ni?...

Selesai saja berkarnival, kami kembali ke sekolah melalui jalan Kodiang. Memenuhi keinginan Mas dan kawan2nya ni, maka berhentilah bas yang dipandu Pak Rashid di hadapan pintu pagar sebuah kampus yang dilihat indah dari luarnya. Jom terjah sama-sama... (gambar handphone je..)
Blok Pentadbiran, dilihat dari tengah dataran. Boss boleh keluar dari pintu tengah untuk pantau aktiviti anak2 buah di wing kiri dan kanan.

Bakal library ni besar juga, betul2 berhadapan dengan blok pentadbiran. Letaknya sebelah dataran. Kalau petang2 redup, bila letih study di library, boleh lepak2 dataran... agaknya la..

Blok pentadbiran, dilihat dari wing kanan...

Toilet pun sempat snap...maklumlah serba baru...

Sebahagian bilik Pengawas, agak besar, siap ada meja persidangan lagi...

Laluan tengah blok pentadbiran. Kiri kanan tu ialah bilik2 guru mengikut bidang. Fully air-conditioned, siap ada bilik air dan pantry...


East wing, kelas dan bilik2 khas untuk tingkatan menengah rendah...

... Yang dihubungkan oleh laluan berbumbung...

Banyaknya aircond...!

Pemandangan luar kampus; sawah padi menghijau macam kat dalam Muzium Padi...


Bilik Peperiksaan...

Bilik mesyuarat kecik untuk mesyuarat pentadbir, pun kat dalam wilayah pejabat...

Ni nak tunjuk pelan 3D kampus ke muka korang ni?...

Bilik mesyuarat besar kat dalam pejabat, ada pintu extension dengan bilik boss (bukan BOSS)...

Mana gambar dalam?...

Ni bilik guru...tapi partition kita best lagi...hihihi...

Bilik kaunseling... alamak terdelete pulak...:-)



Gelanggang2 tenis, siap ada lampu limpah tu...

Dalam dewan... PA system punya tempat letak bertentangan dengan dewan, siap dengan holding room...wah ni baru betul...

Kedap bunyi...agak panas...kena boh aircond ni...

Ruang belakang pentas...macam DECTAR kat UKM pulak...

Kembali ke padang...korang ingat tu apa ek?...

Laluan tepi padang ke asrama n kuarters guru...

Makkk...astaka ke tu...?

Bengkel kejuruteraan...

Ruang wardrobe n music instrument di bilik muzik...

Ni gym ke bilik muzik?...cuba teka...

Kat belakang nuunnn adalah kuarters guru...

Asrama putera, bersebelahan asrama puteri...

Dewan makan...ada compound yang agak besar, memisahkan asrama putera dan puteri...

Asrama pun ada pondok guard... jangan confuse tu Jihan yang tengah cari member2 dia, bukan student kampus tu...

Asrama 4 tingkat untuk menampung kapasiti 900 pelajar...

Kelas lagi...


Klinik...siap ada kaunter...

Agak2nya ape ni?... Laluan koridor di blok akademik...

Kelas...

Loker untuk semua pelajar...

Wakaf di laman sebelah kanan sekolah...

Huh...letih sejam dibawa jalan2... hmmm...kat mana rasanya?...

Yeay...! Kami dah sampai, kumpulan pelajar pertama yang buat lawatan penanda aras ke sini...!

Dan... ni lah mastermindnya... yang katanya dah lupa jalan ke Bukit Kayu Hitam...!!!
Hujan Emas Di Negeri Orang
Hujan Batu Di Negeri Sendiri
Baik Lagi Di Negeri Sendiri...

No comments: