Friday, April 24, 2009

TASK @ EKSTEN 2009


Eksten 2009 dah masuk fasa kedua. Untuk semua warga EKSTEN, tema program kali ni ialah Creative Photography Intergroup - Artistic. So, get ready dengan kamera korang yea...!

EKSTEN 2009

Program berteraskan ´rehlah dan eksplorasi´ ini adalah merupakan program mega bagi Persatuan Geografi (PERGEO) bagi tahun 2009. Ia difikirkan perlu bagi memenuhi keperluan pembelajaran pelajar-pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu dalam memperkukuhkan kefahaman mereka dalam subjek Geografi dan Geosains amnya dan dalam mengaplikasikan tema Tumbuh-Tumbuhan Semulajadi Dan Hidupan Liar di Malaysia khasnya. Selain itu, program sebegini dapat memberi pelajar peluang untuk merehatkan mental dan fizikal mereka melalui konsep rekreasi minda di makmal pembelajaran luar. Pada dasarnya, program merentasi kurikulum ini memberikan pendedahan dan informasi secara langsung dan tidak langsung kepada para pelajar, di samping memupuk minat pelajar dalam kerjaya berkaitan Geografi, walaupun mereka disediakan untuk memenuhi aliran sains di sekolah ini. Adalah diharapkan semoga usaha ini akan dapat memberikan panduan, sekaligus memperluaskan lagi minda pelajar dalam mensasarkan matlamat kerjaya mereka suatu masa nanti.

1.0 MATLAMAT & OBJEKTIF
Di antara objektif yang disasarkan melalui pelaksanaan program ini ialah :

OBJEKTIF UMUM
-Memberi peluang serta melatih pelajar untuk berorganisasi dan bekerjasama dalam mengendalikan sesuatu program secara berpasukan, disamping memberi peluang bertukar-tukar pendapat dan pengalaman serta saling memberi tunjuk ajar dalam mempertingkatkan prestasi ke arah kecemerlangan individu mahupun berkumpulan.
-Mewujudkan rasa kepunyaan dan kebersamaan (sense of belongings) di kalangan ahli persatuan.
-Menyediakan platform kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi, bermula dari dalam sekolah hinggalah ke peringkat luar.
-Membina hubungan baik di antara pelajar dengan guru serta pihak pentadbiran sekolah, disamping menerapkan nilai-nilai mulia dan budaya penyayang bersesuaian dengan tema ‘masyarakat penyayang’ yang disarankan oleh kerajaan bagi memantapkan lagi pembentukan pemimpin masa hadapan yang mampu menjiwai nilai-nilai murni kemasyarakatan yang tinggi.
-Meningkatkan rasa tanggungjawab dalam melaksanakan amanah yang diberikan.
-Melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
-Mewujudkan semangat ketahanan diri yang kental sebagai persiapan untuk menentang gejala-gejala negatif yang semakin menular di kalangan remaja belia pada hari ini.

OBJEKTIF KHUSUS
-Memperkenalkan bidang Geografi melalui pelbagai medium kepada pelajar-pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu dengan harapan supaya para pelajar ini dapat mengaplikasikan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas ke dalam bentuk realiti.
-Sebagai satu cara memberikan penghargaan kepada pelajar yang melepasi standard piawai bagi pelajaran Geografi supaya mereka akan lebih melipatgandakan usaha ke arah kejayaan merentasi kurikulum yang berterusan.
-Membakar semangat pelajar-pelajar Geografi yang lain supaya menjadikan moto ‘Geografi Mesti A’ sebagai satu rutin dalam pembelajaran mereka di sekolah.

2.0 KUMPULAN SASARAN
36 orang ahli PERGEO
4 orang guru pengiring
2 orang pemandu

3.0 TARIKH & TEMPOH PELAKSANAAN
30 Jun – 4 Julai 2009

4.0 TEMPAT PELAKSANAAN

TAMAN NEGARA PAHANG

KAWASAN PENYELIDIKAN DENGAN PELBAGAI SPESIES DAN HABITAT Taman Negara – namanya sahaja memberikan gambaran hutan tebal dan penduduk orang asli serta pelbagai spesies flora dan fauna. Pada asalnya, Taman Negara menjadi game reserve atau tempat memburu oleh penjajah British. Kemudian, ia dijadikan taman negara sejak tahun 1938. Taman Negara merupakan kawasan perlindungan hidupan liar terbesar di Malaysia dan salah satu daripada hutan hujan yang tertua di dunia, melebihi 130 juta tahun. Sesungguhnya Taman Negara adalah warisan alam semulajadi negara yang perlu dipelihara serta dilawati dan dihargai oleh generasi kini dan selamanya.

Taman Negara di Pahang amat terkenal dengan taman yang amat luas serta menyimpan pelbagai rahsia alam untuk dihayati dan dikaji oleh penyelidik dan pengunjung yang mencintai alam semulajadi. Kedudukannya di Banjaran Titiwangsa, yang meliputi sebahagian Daerah Lipis dan Jerantut di Pahang, dilihat menjanjikan pelbagai kajian penyelidikan ke atas habitat dan spesies hidupan liar. Penyelidikan dan pengurusan ke atas spesies hidupan liar terutamanya spesies yang terancam dan habitat sebagai usaha memulihara populasi yang sedia ada. Hutan tanah pamah dipterokap yang meliputi sebahagian besar kawasan ini menampung kepelbagaian bionya yang terdiri daripada 14,000 spesies tumbuhan, 200 spesies mamalia dan 300 spesies burung yang boleh dijadikan sumber kajian penyelidikan. Terdapat juga sekurang-kurangnya 80 spesies kelawar dan 30 spesies tikus di Taman Negara. Pada ketinggian 750 meter, hutan-hutan gunung oak, rotan, palma dan konifer boleh ditemui. Pengurus Pemasaran dan Promosi Perbadanan Bukit Fraser Badan Pelancongan Negeri Pahang, Kamarudin Ibrahim berkata pengurusan kawasan Taman Negara adalah bagi melindungi sumber biologi untuk tujuan saintifik, pendidikan, rekreasi, ekonomi dan lain-lain bagi generasi akan datang.

SATU PAKEJ DESTINASI MENARIK UNTUK PELBAGAI AKTIVITI Taman seluas 4,343km persegi ini dilindungi sepenuhnya menjadikannya lokasi paling sesuai untuk aktiviti mengembara di samping kepelbagaian sumber kehidupan yang terdapat di dalamnya begitu mengagumkan. Melancong atau mengunjungi taman ini tidak dikenakan apa-apa bayaran, sama ada bagi pelancong tempatan atau luar negeri dan mereka bebas menikmati keindahan alam sekitarnya. Apa yang menariknya, produk-produk pelancongan di Taman Negara bukan sekadar menikmati keindahannya malah lebih daripada itu di mana pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti. Pengunjung berpeluang menikmati keheningan dan keunikan tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar, burung, serangga dan sungai yang indah dengan meniti laluan-laluan hutan yang dibina dengan bantuan pakar yang bertugas mengiringi lawatan.

Selain daripada aktiviti pengembaraan, Taman Negara juga merupakan lokasi yang ideal untuk aktiviti memancing, berakit dan mendaki. Keindahan Taman Negara akan mula dinikmati sebaik sahaja pengunjung menaiki bot dari jeti Kuala Tembeling di Jerantut menyusuri Sungai Tembeling ke Kuala Tahan yang memakan masa tidak kurang dua jam. Sepanjang perjalanan dengan bot laju dengan tambang yang dikenakan RM19 seorang, pengunjung akan menyusuri Sungai Tembeling sambil menikmati sebahagian daripada lebih 10,000 spesies flora yang amat menakjubkan. Taman Negara juga menawarkan Gunung Tahan yang terbuka untuk sesiapa mendakinya, Bukit Teresek yang indah, Lata Berkoh yang menawan untuk dijadikan tempat berkelah, memancing serta berfikir tentang kejadian alam. Gunung Tahan setinggi 2,187 meter menjadi cabaran kepada pendaki termasuk pendaki bermusim memandangkan jumlah airnya yang terhad dan laluannya yang berliku. Aktiviti berjalan di atas jambatan gantung sepanjang 400 meter dengan ketinggian 30 meter akan mengajar manusia supaya bersikap berani apabila membuat sesuatu keputusan dan melawan perasaan takut dan gayat kerana anda akan malu untuk berpatah balik apabila sudah berada di tengah jambatan yang di bawahnya terdapat gaung.

KEMUDAHAN DI TAMAN NEGARA Taman Negara menyediakan pelbagai kemudahan seperti calet, asrama dan tapak perkhemahan dengan kadar berpatutan. Rainforest Resort menjadi tempat penginapan yang selesa selain Mutiara Resort, Woodland Resort dan Tekam Plantation Resort di sekitar bandar Jerantut. Ia menyediakan pelbagai jenis bilik dari superior, deluxe, premier deluxe, family suites, junior hinggalah executive suites yang sewanya berharga dari RM200 hingga RM600. Restoran, kantin dan kedai cendera hati juga disediakan. Taman Negara boleh dikatakan syurga hutan yang sangat cantik dan dapat memenuhi kehendak pelawat manakala kebanyakan aktiviti yang diperkenalkan adalah berdasarkan kepada alam semulajadi dan pengurusan sumber yang mapan.

SEJARAH PENUBUHAN TAMAN NEGARA Taman Negara ditubuhkan pada 1938 yang meliputi Pahang, Kelantan dan Terengganu. Dahulu ianya dikenali sebagai King George V National Park bagi memperingati Jubli Perak Kerajaan Diraja British. Selepas kemerdekaan pada 1957, nama ini ditukarkan kepada Taman Negara. Ia meliputi kawasan seluas 4,343km, yang mana Taman Negara di Pahang melibatkan kawasan terbesar iaitu 2,477km" (57 peratus), diikuti Taman Negara Kelantan dengan keluasan 1,013km" dan Taman Negara Terengganu dengan keluasan 853km". Ia ditubuhkan bagi melindungi unjuran kawasan hutan dara tanah pamah, bukit dan gunung yang masih ada di Semenanjung Malaysia. Ianya merupakan satu persekitaran yang komplek dan pelbagai, di mana sebahagian daripada kawasan tanah pamahnya kaya dengan kepelbagaian spesies jika dibandingkan dengan habitat semulajadi lain seluruh dunia. Secara tidak langsung, kawasan hutan hujan yang berusia 130 juta tahun ini meningkatkan lagi saintifik dan pendidikan negara.

5.0 AKTIVITI DICADANGKAN
Antara aktiviti yang bakal dijalankan:
-Berjalan malam di dalam hutan dan melawat Bumbun Tahan (menara tinjau untuk melihat haiwan liar)
-Merentas denai hutan ke Bukit Teresek & Canopi Walkway (jambatan gantung terpanjang di dunia – 530 meter panjang dan 40 meter dari atas tanah).
-Melawat perkampungan orang asli (suku kaum Batek yang masih mengamalkan cara hidup nomad dan berpegang kuat kepada adat tradisi.
-Meneroka gua (melawat Gua Telinga sambil belajar mengenal morfologi serta hidupan di dalam gua).
-Melawat santuari ikan Kelah di Sungai Tahan (sambil memberi makan kepada pelbagai spesies ikan air tawar di Lubuk Tenor).
-Trekking jarak jauh – trekking dari minimun 9 km (Kuala Trenggan) sehingga 55 km (Gunung Tahan) sehala.
-Aktiviti team building berasaskan pendidikan alam sekitar.
dan lain-lain bentuk program yang dirasakan sesuai.

6.0 PERANCANGAN & PENGURUSAN
Rujuk lampiran A

7.0 JADUAL AKTIVITI

Pakej 4 hari 3 malam meliputi:
a. Permit masuk
b. Khemah dan tapak perkhemahan (khemah 4 orang)
c. Bekalan mahan mentah makanan dan kelengkapan memasak untuk sarapan pagi dan makan malam selama 4 hari
d. Tayangan video Taman Negara
e. Berjalan malam di dalam hutan dan melawat Bumbun Tahan (menara tinjau untuk melihat binatang)
f. Trekking ke jambatan gantung Canopy Walkway & mendaki Bukit Terisek untuk melihat Gunung Tahan
g. Makan tengah hari di Lubuk Simpon
h. Mandi di Lubuk Simpon (diawasi oleh jurulatih bertauliah dengan PERHILITAN)
i. Menaiki bot ke Pengkalan Gua untuk meneroka Gua Telinga
j. Menaiki bot ke Kuala Trenggan dengan menerjah arus 7 jeram sepanjang perjalanan
k. Makan tengah hari di tepi Sungai Tembeling
l. Melawat ke perkampungan orang asli

~:: Eksplorasi Geografi Merentasi Sempadan Negeri...Buat Kesekian Kali ::~

Layari http://pergeo.fotopages.com

Serikandi PERGEO 2009



Super Serikandi


Serikandi Senior


Serikandi Junior

Terhangat di pasaran...!

Hmm... kumencari di mana perwira-perwiranya..